Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia Tidak Akan Dedah Laporan Awal Nahas AirAsia

aa

Pihak berkuasa Indonesia tidak akan mendedahkan laporan awal tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas serta membunuh kesemua 162 penumpang di dalamnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia Tatang Kurniadi, memetik laporan straitstimes.com.

Pasukan penyiasat Indonesia, dijangka akan menyerahkan laporan awal nahas berkenaan yang melibatkan pesawat Airbus A320-200 kepada Pesatuan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal minggu depan.

Di bawah peraturan ICAO, laporan awal mesti disiapkan dan diserahkan dalam masa 30 hari selepas sesuatu nahas berlaku.

Pesawat AirAsia berkenaan terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Siasatan mendapati ketika penerbangan pesawat itu menghadapi cuaca buruk.

Semalam media melaporkan bahawa pesawat itu yang dipandu oleh Kapten Iriyanto terhempas selepas cuba mendaki dengan kelajuan lebih tinggi sebelum berada dalam keadaan pegun dan terhempas.

“Dalam saat-saat akhir, pesawat itu terbang mendaki dengan kelajuan yang berbeza dari normal,” katanya mengambil sumber dari data radar.

Dalam satu taklimat Parlimen Indonesia, beliau berkata data radar menunjukkan pesawat itu pada satu ketika mendaki dengan kelajuan 6,000 kaki seminit sebelum terhempas. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan