Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia tahan bot nelayan Malaysia

BOT pukat tunda dari Malaysia (tengah) yang ditahan selepas menceroboh perairan Indonesia.
BOT pukat tunda dari Malaysia (tengah) yang ditahan selepas menceroboh perairan Indonesia.

Nunukan (Indonesia): Tentera laut Indonesia semalam menahan sebuah bot pukat tunda Malaysia yang didakwa menceroboh perairan negara itu untuk menangkap ikan secara haram.

Bot berkenaan ditahan di perairan Ambalat ketika menangkap ikan bersama dua lagi bot pukat tunda yang juga dipercayai dari Malaysia.

Komander armada timur tentera laut Indonesia, Gede Ariawan berkata, dua bot lagi sempat melarikan diri dengan memasuki perairan Malaysia apabila menyedari kehadiran kapal tentera laut Indonesia.

“Sebuah lagi bot tidak sempat melarikan diri kerana menarik pukat yang mereka pasang,” katanya.

Menurut Gede, bot yang ditahan itu menggunakan nombor pendaftaran TW 3550/6/F dan dimiliki warga Malaysia yang dikenali sebagai Wong Min Hon.

“Ketika ditahan bot ini sudah menangkap ikan pelbagai jenis seberat 10 tan.

“Kapten dan anak kapal bot warga Indonesia,” katanya.

Seorang anak kapal yang dikenali sebagai Tomy berkata, ini kali kedua bot itu memasuki perairan Indonesia untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun, dia berkata, kejadian itu bukan disengajakan kerana tidak tahu kawasan itu wilayah Indonesia.

Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara itu, termasuk menenggelamkan bot nelayan asing yang ditangkap. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan