Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia sedia pulang RM3.6b wang Australia

koin

Jakarta: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla kelmarin berkata, Indonesia bersedia memulangkan bantuan Australia bernilai AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas ia diungkit Canberra.

“Saya dimaklumkan, Indonesia menerima bantuan kemanusiaan dari 56 negara, termasuk Australia.

“Jika bantuan itu tidak dianggap dibuat atas dasar kemanusiaan, kerajaan akan mengembalikannya semula kepada mereka,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengungkit dana ketika mendesak Jakarta membatalkan pelaksanaan hukuman mati ke atas warganya yang bersalah menyeludup dadah.

Di pihak orang awam, reaksi marah ditunjukkan dengan sesetengah pihak menganjurkan kempen mengumpul dana dapatkan semula wang itu bagi dikembalikan ke Australia.

Di Twitter dan Facebook pula, ruang maya dibanjiri dengan hashtag #CoinsFor Australia.

Abbott kemudian mendakwa, kenyataan itu bukanlah berbentuk ancaman, tetapi dia mahu menunjukkan bagaimana kukuhnya hubungan Jakarta – Canberra. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan