Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Indonesia pantau Pokemon Go

9:04am 16/07/2016 Pak Roshan 50 views Global

pokemon

Jakarta: Badan Perisikan Negara Indonesia (BIN) mengesahkan pihaknya memantau permainan Pokemon GO yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Beberapa pihak sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan aplikasi yang dimainkan di telefon pintar berkenaan.

Antara yang menjadi kebimbangan pihak berkuasa adalah jika ada pemain fanatik Pokemon Go sanggup menceroboh tempat larangan seperti kawasan tentera atau bangunan sensitif.

Keselamatan data pengguna yang memuat naik permainan itu di telefon pintar juga menjadi persoalan.

“Kami ada satu pasukan yang memantau permainan itu,” kata pengarah BIN, Sutiyoso ketika dihubungi portal Detik.com semalam.

Pokemon Go yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) membolehkan pemain memburu Pokemon di beberapa lokasi.

Media melaporkan, ada pemain memburu Pokemon dari taman sehinggalah ke rumah ibadah sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pokemon Go juga menjadi kegilaan golongan muda di Indonesia walaupun belum dilancarkan secara rasmi di negara itu.

Pengguna yang memuat naik permainan Pokemon Go melalui sumber tidak sah dilaporkan memburu Pokemon sehinggalah ke Istana Presiden.

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dilaporkan memberi kebenaran pemain masuk ke perkarangan pejabat kerajaan, muzium dan bangunan bersejarah sebagai satu cara mempromosikan pelancongan negara. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan