Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia Mara Ke Final Piala Thomas

7-5

KUNSHAN – Indonesia melangkah ke final Piala Thomas selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam aksi separuh akhir di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Ia adalah final pertama buat Indonesia yang memegang status sebagai juara terbanyak dengan 13 gelaran selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.

Ketika itu Indonesia sekadar muncul naib juara selepas tewas kepada China 3-0 dalam aksi final.

Terdahulu, Indonesia ketinggalan 0-1 selepas perseorangan pertama mereka, Christie Jonatan tewas kepada Son Wan Ho 10-21, 16-21 tetapi pasangan nombor dua dunia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan mengejutkan pasangan nombor satu, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 21-15, 21-12 bagi menyamakan kedudukan.

Perseorangan kedua Indonesia, Ginting Anthony meletakkan pasukan itu di depan apabila mengatasi Lee Dong Keun 21-18, 21-18 sebelum gandingan Angga Pratam-Ricky Karanda Suwardi melengkapkan kemenangan hasil kemenangan ke atas Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-15, 21-18.

Pada aksi final Ahad ini, Indonesia akan bertemu pemenang perlawanan antara Malaysia dengan Denmark yang akan turun beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir jam 7 malam ini.

Sementara itu, juara bertahan Piala Uber, China menepati ramalan apabila mudah menundukkan India 3-0 dalam aksi separuh akhir sekali gus kekal di landasan tepat bagi merekodkan gelaran ke-14.China akan menentang pemenang perlawanan antara Korea dengan Jepun yang akan beraksi malam ini. – Berita Harian

Komen


Berita Berkaitan