Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia Larang ‘Perang Harga’ Tiket Penerbangan Kos Murah

aa

JAKARTA – Berkuat kuasa semalam, pemerintah Indonesia tidak lagi membenarkan tiga buah syarikat penerbangan tambang rendah di negara itu menjual tiket lebih rendah daripada ditetapkan pihak berkuasa republik tersebut, lapor media hari ini.

Di bawah peraturan baharu itu yang ditandatangani Menteri Perhubungan, Ignasius Jonan, ketiga-ketiga syarikat terbabit iaitu Lion Air, Citilink dan AirAsia Indonesia perlu menjual tiket paling minimum berharga 40 peratus daripada kadar siling tariff.

Keputusan itu dibuat susulan tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sekali gus mengorbankan 162 penumpang dan anak kapal.

Syarikat yang berpusat di Malaysia itu juga dilarang melakukan penerbangan di laluan tersebut berkuat kuasa 2 Januari lalu dan laluan Medan-Palembang bermula 6 Januari lalu setelah didapati tidak memiliki kebenaran rasmi daripada pemerintah.

“Ini untuk memastikan semua syarikat tambang rendah lebih komited mengutamakan soal keselamatan penumpang dan bukan mengaut keuntungan dengan menjual tiket pada harga murah bagi ‘memikat’ ramai pelanggan mereka,” tegas Jonan.

Ekoran langkah itu, Suruhanjaya Pemantauan dan Persaingan Perusahaan akan membuat penilaian dan penetapan tariff siling rendah agar operator udara kos murah dapat menjual tiket mengikut harga pasaran dan bukan bermain ‘perang harga’ lagi.

Di Indonesia, syarikat udara tambang murah terbesar, Lion Air yang diasaskan pada 1999 ada 108 buah pesawat serta terbang ke 80 destinasi tempatan dan rantau Asia tenggara selain memiliki anak syarikat Batik Air, Wings Air, Malindo Air serta Thai Lion Air.

AirAsia Indonesia yang beroperasi sejak 2004 cuma memiliki 29 buah pesawat; selepas hilang sebuah iaitu PK-AXC atau QZ8501; serta terbang ke 16 destinasi tempatan dan antarabangsa iaitu jirannya, Malaysia, Singapura, Thailand dan Australia.

Selain itu, sebuah lagi operator tambang rendah tempatan ialah anak syarikat penerbangan kebangsaan Garuda, Citilink yang ditubuhkan sejak 2001 lalu dengan memiliki 32 buah pesawat, namun ia hanya terbang ke 25 destinasi domestik. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan