Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Indonesia haram polis main Pokemon Go

9:03am 21/07/2016 Pak Roshan 46 views Global

21hmpoker.jpg_1469058527

Jakarta: Indonesia mengarahkan polis negara itu untuk tidak bermain permainan Pokemon Go ketika bertugas dan arahan berkenaan bakal diperluaskan kepada anggota tentera, kata pegawai semalam.

Jurucakap polis kebangsaan, Boy Rafli Amar memberitahu, satu arahan dikeluarkan terhadap anggota polis di seluruh negara kelmarin yang mengharamkan mereka bermain permainan itu ketika bertugas.

“Kami bimbang anggota polis akan ketagih dengan permainan itu dan kami tidak mahu itu berlaku kerana tugas mereka adalah berkhidmat kepada rakyat.

“Tugas mereka memerlukan tumpuan yang tinggi dan kerja keras,” katanya.

Menurutnya, pasukan keselamatan diarahkan berjaga-jaga bagi berdepan dengan ancaman serangan pengganas.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu bimbang permainan itu boleh digunakan untuk mengintip rahsia sulit negara.

“Pengintipan dilakukan dalam banyak cara. Pada mulanya, Pokemon Go ini mungkin nampak comel, tetapi semakin lama, ada sesuatu yang tidak baik,” jelasnya.

Jurucakap tentera Indonesia, Tatang Sulaiman memberitahu, arahan berkenaan akan dikeluarkan terhadap semua anggota tentera sedikit masa lagi.

Arahan itu dikeluarkan kerana bimbang, telefon bimbit yang digunakan untuk bermain permainan itu boleh menghantar data melalui Internet ke luar negara.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari selepas seorang warga Perancis ditangkap menceroboh sebuah pangkalan tentera ketika bermain permainan itu.

Pokemon Go menjadi kegilaan di seluruh dunia selepas dilancarkan beberapa minggu lalu dengan pemain boleh memburu karakter Pokemon di taman bunga, bangunan dan lokasi lain. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan