Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Indonesia digesa lindungi kumpulan ajaran sesat

9:50am 23/01/2016 Pak Roshan 4 views Global
KEDIAMAN bekas anggota Gafatar dibakar di Mempawah, Kalimantan Barat, Selasa lalu.

KEDIAMAN bekas anggota Gafatar dibakar di Mempawah, Kalimantan Barat, Selasa lalu.

Jakarta: Kerajaan Indonesia perlu masuk campur bagi melindungi Pergerakan Fajar Nusantara atau Gafatar selepas ratusan bekas anggota kumpulan ajaran sesat itu diserang dan terpaksa meninggalkan kediaman mereka, kata Suruhanjaya Kebangsaan untuk Hak Asasi Manusia.

Gafatar dianggap ajaran sesat oleh organisasi Islam lain dan dikaitkan dengan beberapa individu yang dilaporkan hilang sebelum didapati menyertai kumpulan itu.

Pada Selasa lalu sekumpulan perusuh menyerang dan merosakkan sebuah kampung di daerah Mempawah di Kalimantan Barat yang didiami lebih 700 bekas anggota kumpulan itu.

Tiada penduduk yang cedera dalam kejadian itu selepas pihak berkuasa memindahkan penduduk ke pusat perlindungan berhampiran.

Gafatar dipercayai jelmaan sebuah kumpulan agama yang dikenali sebagai Al-Qiyadah al-Islamiyah.

Ketuanya yang mengaku nabi, Ahmad Moshaddeq kini berada di penjara selepas didapati bersalah menyebarkan ajaran sesat pada 2008. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan