Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia dan Malaysia terus kerjasama benteras pengedaran dadah

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia terus berkerjasama untuk membenteras pengedaran dadah bagi memastikan kedua-dua negara itu selamat daripada pengedaran dadah.

Duta Besar Republik Indonesia, Herman Prayitno berkata, telah banyak operasi dijalankan untuk menangkap pengedar dadah yang menceroboh masuk ke negeri ini.

“Disebabkan Sabah merupakan satu kawasan yang luas, maka operasi untuk membenteras masalah sindiket dadah ini sukar untuk ditangani,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pembukaan pendidikan Universiti terbuka di Sabah dan Sarawak, di sini hari ini.

Menurutnya, pengedar dadah yang terlibat dalam sindiket dadah ini sangat bijak sehingga pihak berkuasa sukar untuk menumpaskan mereka.

Katanya, mereka juga pandai mempergunakan orang lemah sehingga ramai yang menjadi mangsa ‘keldai dadah’.

Tambahnya, mereka yang terlibat dalam sindiket ini pandai menyelinap masuk ke negeri ini melalui kawasan yang kurang pemantauan daripada pihak berkuasa.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan