Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Indonesia Bimbang Keselamatan Warganya Bekerja Kru Kapal Nelayan Di Sabah

6:36pm 08/11/2016 Pak Roshan 298 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

nelayan

SANDAKAN : Kerajaan Indonesia bimbang risiko keselamatan yang dihadapi warganya yang bekerja sebagai kru kapal nelayan di Sabah.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata kebimbangan itu disampaikannya ketika melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid di Kota Kinabalu, hari ini.

“Rakyat Indonesia terdedah dengan jenayah culik yang berlaku di perairan Sabah termasuk kes terbaru Sabtu lepas di mana dua rakyat kami yang bekerja sebagai tekong kapal nelayan menjadi mangsa culik.

“Kami memohon kerjasama Malaysia untuk meningkatkan pengawasan di perairan Sabah bagi memastikan kejadian penculikan membabitkan rakyat Indonesia tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melawat warga Indonesia yang bekerja sebagai kru kapal nelayan di jeti berhampiran Perpustakaan Sandakan di sini.

Retno turut berjumpa dengan isteri dua tekong kapal nelayan yang diculik itu.

Beliau berkata menerusi pertemuan tiga negara pada Mei lepas, Indonesia telah memberikan komitmen dalam kerjasama dengan Malaysia dan Filipina bagi menangani kegiatan penculikan.

Katanya Indonesia mahu kerjasama itu dilaksanakan agar kegiatan ekonomi rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia tidak terjejas dan tidak berhadapan risiko keselamatan.

Semalam, Retno telah berjumpa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Putrajaya bagi membincangkan insiden penculikan dua warganya itu.

Pada Sabtu lepas, dua tekong kapal nelayan warga Indonesia diculik oleh kumpulan dari selatan Filipina di perairan Kertam, Kinabatangan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan