Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Indonesia berjaga-jaga

12:24pm 26/11/2015 Pak Roshan 15 views Global
KAWALAN diperketat di lapangan terbang.

KAWALAN diperketat di lapangan terbang.

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan kawalan keselamatan di semua lapangan terbang negara itu selepas terdapat ancaman terhadap lapangan terbang di Jakarta dan kejadian serangan pengganas di seluruh dunia baru-baru ini, kata Kementerian Pengangkutan semalam.

Jurucakap kementerian, J A Barata berkata, antara langkah keselamatan yang mula dikuatkuasakan kelmarin termasuklah penggunaan anjing pengesan untuk memeriksa kargo dan bagasi serta pemeriksaan rambang terhadap kenderaan yang masuk ke lapangan terbang.

Katanya, tapisan terhadap pekerja di lapangan terbang juga bakal diperketatkan.

“Langkah ini diambil susulan beberapa serangan pengganas di seluruh dunia baru-baru ini dan ancaman di beberapa negara,” katanya.

Menurutnya, beberapa hari lalu lapangan terbang Jakarta juga menerima ancaman.

Jakarta mempunyai dua lapangan terbang, tetapi Barata enggan memberitahu lapangan terbang mana yang menerima ancaman dan bentuk ancaman berkenaan.

Polis antipengganas dan askar sudah ditempatkan di lapangan terbang di Jakarta sebagai langkah keselamatan selepas serangan pengganas di Paris, Perancis.

Beberapa lelaki bersenjata dipercayai anggota Negara Islam (IS) menyerang ibu kota Paris pada 13 November lalu menyebabkan 129 orang maut.

Kumpulan militan itu juga mengaku bertanggungjawab mengebom sebuah pesawat penerbangan Russia di Mesir pada bulan lalu menyebabkan semua 224 penumpang maut.

Baru-baru ini sebuah pesawat penerbangan dari Turki dan dua dari Perancis dilencongkan selepas terdapat ancaman bom.

Indonesia pernah menjadi sasaran beberapa serangan bom oleh pengganas antara 2000 hingga 2009 yang menyebabkan puluhan mangsa maut.-  AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan