Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indonesia akan lakukan apa saja

Bot tunda menari arang batu di Sungai Mahakam, Samarinda, Kalimantan Timur
Bot tunda menari arang batu di Sungai Mahakam, Samarinda, Kalimantan Timur

Jakarta: Indonesia akan melakukan apa saja bagi membebaskan tujuh rakyatnya yang juga anak kapal Charles 001 yang diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina, tiga hari lalu.

Antara melaporkan Menteri Luar Retno Marsudi berkata, ini adalah kali ketiga kejadian ini berlaku dan Indonesia tidak lagi boleh bertolak ansur.

“Kerajaan akan melakukan apa saya yang termampu untuk pembebasan mereka,” katanya hari ini, dan yang menggesa kerajaan Filipina lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan perairan berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan larangan kepada kapal dan bot Indonesia belayar ke Filipina berikutan penculikan itu.

Arahan larangan itu ditandatangani Ketua Pengarah Pengangkutan Laut kementerian itu, A Tonny Budiono, yang melarang ketua pelabuhan di seluruh Indonesia mengeluarkan permit pelayaran kepada kapal dan bot Indonesia untuk belayar ke Filipina.

 Media Indonesia melaporkan berlaku penculikan anak kapal Charles 001 dan tongkang Roby 152 pada 23 Jun lalu.

Menurut Retno, ketika kejadian, ada 13 anak kapal rakyat Indonesia dalam kapal itu dan kumpulan bersenjata dipercayai ada kaitan dengan Abu Sayyaf, membebaskan enam daripada anak kapal itu tetapi menculik tujuh yang lain.

Kapal Charles 001 adalah kapal penunda arang batu yang sedang menuju Filipina.

Sementara itu, Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Luhut Pandjaitan dalam kenyataannya berkata pihaknya dimaklumkan kumpulan bersenjata yang melakukan penculikan itu meminta wang tebusan namun jumlahnya belum diputuskan penjenayah terbabit.

Beliau berkata anak kapal Charles yang dibebaskan memberitahu ada dua kumpulan bersenjata Filipina yang menculik tujuh rakan mereka.

Komen


Berita Berkaitan