Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Individu yang mengupah penduduk tempatan mendapatkan geran tanah disiasat

4:38pm 10/08/2016 Leolerry Lajius 648 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
musa-dun
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta Jabatan Perhutanan dan Jabatan Tanah dan Ukur menyiasat individu yang mengupah penduduk tempatan mendapatkan geran tanah di sesuatu kawasan.
 
Beliau berkata, ini kerana terdapat individu yang mengupah penduduk tempatan membuat permohonan geran tanah di kawasan tertentu bagi membolehkan mereka memiliki tanah berkenaan.
 
“Kes ini ada berlaku di daerah Keningau dan saya telah meminta Jabatan Perhutanan serta Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyiasat perkara ini dan sekiranya didapati bersalah  individu berkenaan bakal diambil tindakan sewajarnya,”katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), di sini, kelmarin.
 
Musa berkata, pemberian Geran Komunal adalah mengutamakan penduduk tempatan yang telah lama tinggal di kawasan berkenaan dan orang luar yang cuba memohon geran berkenaan tidak akan dilayan.
 
“Hal ini adalah bagi mengelakkan berlaku penggunaan orang upahan dalam permohonan geran berkenaan. Individu yang berulang kali membuat permohonan juga akan ditapis kerana dikhuatiri turut terlibat dalam kes orang upahan,”katanya.
 
Mengulas mengenai cadangan penambahan kerusi DUN, beliau berkata, kawasan yang akan terlibat dalam penambahan kawasan itu akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Musa turut menyatakan, persidangan pada kali ini berjalan dengan lancar dan turut menyaksikan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2016 telah diluluskan secara sebulat suara.
“Dalam sidang ini juga, banyak isu dan persoalan berkaitan kepentingan rakyat telah dibangkitkan dan suka saya tegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa memperjuangkan serta menjaga kepentingan rakyat dan negeri ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan