Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Individu didenda RM75,000 cuba seludup getah mentah melalui Sindumin

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Berkuatkuasa 1 Januari tahun ini, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan mengenakan tindakan tegas terhadap individu atau syarikat yang cuba menyeludup getah mentah dari negeri ini.

Menurut Pengurus Besarnya, Datuk Harris Mathews, bagi tujuan itu pihaknya telah mengukuhkan pelesenan dan penguatkuasaan unit agensi berkenaan bagi mengelak penyeludupan getah mentah.

“Mulai 1 Januari 2015, mana-mana individu atau syarikat pembelian getah, memyimpan getah, memproses dan mengekspot getah mentah atau memproses getah daripada negeri wajib memperolehi lesen daripada panel pelesenan yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harris berkata, untuk memastikan industri getah dalam negeri mengikut peraturan yang betul, lesen diperlukan untuk semaian biji benih getah komersial bagi memastikan hanya biji benih berkualiti dikeluarkan serta dijual kepada awam.

Sementara itu, beliau berkata LIGS telah mengambil tindakan termasuk denda sejumlah RM75,000 terhadap seorang individu atas kesalahan cubaan menyeludup 20.18 tan getah mentah melalui Sindumin, pada 22 Oktober tahun lalu.

Lori yang membawa getah mentah tersebut telah dideklarasikan di pusat pemeriksaan Sindumin sebagai deklarasi makanan ternakan manakala kenderaan dan getah mentah tersebut telah ditahan dibawah Seksyen 25(5), Enakmen Lembaga Industri Getah Sabah 1981 Pindaan No.5 Tahun 2013.

Individu berkenaan didapati bersalah memalsukan deklarasi barangan dan cuba mengelak pembayaran ses berjumlah RM11,607.29. Bagaimanapun individu terbabit telah membayar denda pada 2 Januari lalu. – Monica Gidong / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan