Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

INDIVIDU DEDAH MAKLUMAT KERAJAAN DIKENALPASTI

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan amanat. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti individu yang dipercayai mendedahkan maklumat kerajaan kepada umum di media sosial baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, individu terbabit akan dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan rahsia kerajaan.

“Kita serahkan siasatan kes ini kepada kebijaksanaan pihak polis. Sama ada individu itu seseorang yang berprofil tinggi atau orang biasa, selagi dia penjawat awam dan jika mendedahkan rahsia kerajaan, tindakan akan tetap diambil terhadapnya mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam Negeri Sabah di Auditorium Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, hari ini.

Sehubungan itu, Ali Hamsa menggesa semua penjawat awam berhati-hati apabila memegang apa juga dokumen rahsia kerajaan.

Beliau menambah, mana-mana pegawai atau kakitangan perlu mengetahui apakah maklumat yang boleh atau tidak dibenarkan didedahkan kepada awam. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan