Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Individu berkelakuan lucah diminta tampil ke balai polis

6:30pm 21/01/2016 Leolerry Lajius 12306 views Jenayah,Tempatan
AKSI seorang penyanyi tidak senonoh di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu.

AKSI seorang penyanyi tidak senonoh di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Individu yang dirakam gambarnya dan dikongsi oleh pengguna media sosial yang berpakaian tidak senonoh ketika membuat persembahan di Lobi Pusat Beli Belah Suria Sabah diminta supaya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Aksi individu tersebut yang menggunakan pakaian menjolok mata semasa mengadakan persembahan nyanyian sehingga menyebabkan kelihatan buah dadanya, dilihat sebagai aksi yang kurang sopan dan lucah terutama persembahan tersebut diadakan di pusat membeli belah yang merupakan suatu tempat terbuka, yang menjadi kunjungan orang ramai membawa keluarga termasuk kanak-kanak samada untuk membeli belah atau sekadar untuk bersiar-siar.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan lanjut mendapati individu yang memakai pakaian menjolok mata tersebut bukanlah ahli kumpulan “buskers” yang dibenarkan untuk membuat persembahan. Beliau merupakan salah seorang pengunjung pusat membeli belah Suria Sabah dan mengambil peluang untuk turut menyanyi bersama-sama dengan kumpulan tersebut ketika satu kumpulan “buskers’ membuat persembahan.

“Pada 16 Januari  lalu, jam lebih kurang 5.00 petang, semasa aktiviti “busking” ini berlangsung, telah datang tiga individu, yang mana, salah seorang daripadanya, memakai pakaian yang menjolok mata secara tiba-tiba telah mengambil mikrofon daripada kumpulan “buskers” ini dan meminta kebenaran untuk menyanyi,”katanya.

Semasa individu tersebut  menyanyi, menurut saksi, buah dada perempuan tersebut telah terkeluar dari blausnya dan terus dimasukkan semula ke dalam blausnya. Persembahan ini termasuk kejadian yang menampakkan buah dada tersebut, telah dirakam oleh sebahagian penonton yang menyaksikan persembahan tersebut. Nyanyian individu itu mengambil masa lebih kurang 4 minit dan beredar sebaik selesai nyanyiannya.

Pihak polis juga menasihati seorang saksi di tempat kejadian bernama Rayndi Bin Jubidi,24, untuk tampil ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan tas kesalahan nyanyian lucah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan