Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Individu bergelar VIP Semporna kecurian kenderaan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Seorang Wakil Ketua Anak Negeri di Semporna kerugian lebih RM15,000 selepas kenderaan jenis Lite Ace Window Van Toyota miliknya hilang dipercayai dicuri di tepi jalan bulatan kecil Bangunan Eastern Plaza, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Awang Besar Dullah berkata, mangsa yang berusia 45 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selepas gagal menemui kenderaannya.

Awang Besar berkata, mangsa dilaporkan telah meletakkan kenderaannya di kawasan berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi untuk berbelanja di Pasar Tamu Takada.

“Sejam kemudian setelah selesai berbelanja, mangsa kembali semula ke kenderaannya lalu mendapati kenderaannya\ telah tiada. Menurut mangsa terdapat beberapa barangan dalam kenderaan itu seperti mesin basuh, ketuhar, cerek elektrik, mentol serta perkakasan dapur seperti pinggan, mangkuk dan gelas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas kejadian itu, beliau menasihati pemilik kenderaan lama di daerah tersebut perlu memastikan kenderaan masing-masing memiliki sistem keselamatan yang tinggi memandangkan kejadian curi kenderaan paling banyak dilaporkan membabitkan kenderaan lama ekoran ketiadaan sistem keselamatan seperti penggera kunci dan lain-lain.

Katanya, penjenayah gemar kepada kereta lama kerana tahap keselamatan yang rendah menyebabkan mereka mudah melakukan aktiviti jenayah curi. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan