Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

India gantung perancang serangan bom Mumbai

YAKUB
YAKUB

Mumbai: Pihak berkuasa India semalam menggantung perancang siri serangan bom di Mumbai pada 1993 yang menyebabkan 257 orang terbunuh.

Yakub Memon dihukum gantung di penjara Nagpur di negeri Maharashtra pada ulang tahun kelahirannya yang ke-53.

Hukuman mati terhadap Yakub dilaksanakan selepas Presiden India Pranab Mukherjee dan Mahkamah Agung menolak rayuannya.

“Ia sudah selesai. Yakub digantung pada jam 7 pagi (waktu tempatan) hari ini (semalam),” kata jurucakap polis Nagpur RV Halami.

Bekas akauntan itu disabitkan dengan kesalahan merancang siri serangan bom di Mumbai pada Mac 1993 yang menyebabkan 257 orang terbunuh dan lebih 700 cedera.

Bursa Saham Mumbai, pejabat syarikat Air India dan hotel mewah antara 12 lokasi yang menjadi sasaran serangan bom terancang berkenaan.

Serangan dipercayai dirancang kumpulan Islam bawah tanah bagi membalas dendam terhadap keganasan anti-Islam yang menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh beberapa bulan sebelum itu.

Kawalan keselamatan ditingkatkan berhampiran kawasan serangan dan lokasi sensitif lain di seluruh Mumbai semalam.

Anggota polis yang lengkap dengan senjata berat juga dilihat berkawal di luar rumah yang pernah didiami Yakub.

Yakub dan dua lagi adiknya didapati bersalah pada 2006 oleh sebuah mahkamah khas. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan