Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indeks Jenayah Turun 3.9 peratus

pic-40

KOTA KINABALU: Statistik indeks jenayah Polis Kontinjen Sabah menunjukkan penurunan 3.90 peratus dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, walaupun tidak mencapai lima peratus, jumlah berkenaan dianggap satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Ini kerana jelasnya, ia pencapaian kali kelima berturut-turut bagi Polis Kontinjen Sabah memperolehi Indeks Prestasi Utama (KPI) berkenaan yang merangkumi statistic untuk jenayah melibatkan pecah rumah, kekerasan dan harta benda.

 “Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 1,009 kes dalam tempoh berkenaan berbanding 2,205 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini kelmarin.

Hamza berkata, bagi jenayah pecah rumah, tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 161 kes dengan jumlah kes sebanyak 521 berbanding 682 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurutnya, sebanyak 332 kes dilaporkan untuk jenayah kekerasan tahun ini dan 224 kes daripada jumlah itu sudah selesai berbanding tahun lepas dengan jumlah sebanyak 340 kes dan 248 kes diselesaikan.

Manakala bagi jenayah harta jelasnya, tahun ini mencatatkan jumlah kes sebanyak 1,787 dan 318 daripadanya berjaya diselesaikan berbanding 1,865 kes tahun lepas dengan 761 kes dapat diselesaikan.

Terdahulu dalam ucapannya, Hamza mengingatkan warga PDRM supaya sentiasa memastikan maklumat sulit polis tidak tersebar dan terpelihara bagi menjaga imej PDRM.

“Dalam era dunia tanpa sempadan ini, setiap tindakan dan perilaku polis sentiasa menjadi tajuk perbincangan tanpa mengira tempat dan masa.

 Katanya penggunaan aplikasi telefon pintar seperti ‘WhatsApp’ mahupun ‘Facebook’ disalah guna untuk menyebar maklumat sulit dan isu khusus untuk warga PDRM sahaja dan beliau mahu warga PDRM supaya lebih berhati-hati dalam berkongsikan sebarang maklumat menerusi aplikasi berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan