Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

INDEKS JENAYAH SABAH MENURUN

Datuk Ramli Din. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan indeks jenayah sebanyak 4.85 peratus atau 167 kes dengan jenayah kekerasan dan harta benda masing-masing mencatatkan 111 dan 56 kes pada akhir tahun lalu sehingga 31 Julai 2018.

Dari sudut penyelesaian kes pula, Polis Diraja Malaysia Sabah (PDRM) telah mencatatkan kadar penyelesaian kes yang tinggi iaitu 68.2 peratus atau 2,233 kes daripada 3,273 kes jenayah yang dilaporkan setakat 31 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, kejayaan polis kontinjen negeri itu membolehkan Sabah menduduki tangga ketiga dalam negara daripada sudut penyelesaian kes jenayah.

“Tahun lalu Sabah menduduki tempat pertama apabila merekodkan sebanyak 73 peratus penyelesaian kes jenayah. Usaha akan kita teruskan untuk menyelesaikan kes-kes yang dilaporkan dengan lebih banyak.

“Rata-rata kategori kes kita menurun kecuali kes jenayah curi yang meningkat untuk negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah – Terima Tugas Ketua Polis Daerah, Kota Kinabalu di Dewan Kita.

Ramli berkata, langkah-langah juga sedang pergiatkan oleh anggora PDRM negeri bukan sahaja untuk mengatasi jenayah kecurian tetapi juga usaha mengurangkan atau menghapuskan jenayah tersebut.

Mengenai jenayah narkotik pula, beliau memberitahu sebanyak 5,065 tangkapan dibuat pada tahun lalu dan operasi ke atas pengedar dadah dan mereka yang terlibat akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Kata, sehingga 31 Julai 2018, jumlah tangkapan narkotik menunjukkan peningkatan mendadak apabila seramai 7,880 berjaya ditangkap.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan