Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indeks jenayah di Sabah turun

jenayahsabah

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) oleh polis negeri ini telah berjaya mengurangkan indeks jenayah sebanyak 4.29 peratus.

Bekas Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Hamza Taib berkata, ia sekali gus mencapai objektif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di peringkat kebangsaan iaitu lima peratus.

“Sebanyak lima tahun berturut-turut, Sabah berjaya menurunkan indeks jenayah. Bagi 2010 penurunan sebanyak 5.06 peratus, 2011 (13.14 peratus), 2012 (9.28 peratus), 2013 (5.15 peratus) dan bagi Januari lalu hingga semalam (4.29 peratus).

 

“Bagi kes pecah rumah, operasi bersepadu Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah telah mengurangkan indeks jenayah kepada 19.53 peratus manakala pertuduhan ditingkatkan kepada 73.93 peratus walaupun KPI ditetapkan sebanyak 35 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu antara Hamza dan bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman di sini, hari ini.

Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid. Berikutan itu, Hamza akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Pada sidang akhbar selepas itu, Hamza memberitahu, beliau tidak dapat melupakan segala pengalaman bekerja sewaktu insiden pencerobohan pengganas Kiram, Ops Daulat dan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, segala pengalaman dan kerjasama semua pihak termasuk media akan membawa kenangan sepanjang berkhidmat di negeri ini.

Komen


Berita Berkaitan