Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Indeks Jenayah Di Lahad Datu Menurun

LAHAD DATU : Daerah Lahad Datu merekodkan penurunan kes jenayah sebanyak 38 kes bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Ahmad.

Katanya sebanyak 337 kes dilaporkan sepanjang 12 bulan itu berbanding 374 kes pada tahun sebelumnya.

“Pihak kami akan memantapkan lagi usaha untuk membanteras jenayah dengan meningkatkan operasi termasuk pelaksanaan kepolisian komuniti yang lebih mesra masyarakat,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan polis daerah itu hari ini.

Hamzah berkata daripada 337 kes yang disiasat tahun lalu, 185 kes berjaya diselesaikan dengan tangkapan 232 orang.

Mengenai jenayah narkotik, beliau berkata pihaknya menahan 630 orang melibatkan 557 kes sepanjang tahun lalu berbanding 414 orang merangkumi 343 kes pada 2015.

“Pada 2016, seramai 110 orang ditangkap berkaitan kes bekalan atau pengedar dadah manakala 520 lagi ditangkap kerana menagih dan memiliki dadah,” katanya lagi.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan