Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Impian ‘terbang’ jadi kenyataan

12:52pm 17/05/2016 Pak Roshan 512 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Yusaidinnor Bakari menaiki helikopter PDRM di Pangkalan Udara PDRM Sabah dengan ibunya, Maimunah Ghani, sambil diiringi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer. - Foto NSTP

Yusaidinnor Bakari menaiki helikopter PDRM di Pangkalan Udara PDRM Sabah dengan ibunya, Maimunah Ghani, sambil diiringi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer. – Foto NSTP

KOTA KINABALU: Impian seorang kanak-kanak menghidap kanser dalam mata atau Retinoblastoma of L eye untuk menaiki helikopter menjadi kenyataan, hari ini.

Yusaidinnor Bakari, 6, dari Kampung Sejati, Semporna, menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pangkalan Udara PDRM Sabah, di sini, jam 9.10 pagi tadi.

Turut serta dalam penerbangan kira-kira 30 minit itu ialah ibunya, Maimunah Ghani, 45, dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer.

Penerbangan ihsan itu dibuat dengan kerjasama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS) yang ditubuhkan untuk memenuhi impian kanak-kanak mengidap penyakit kritikal.

Yusaidinnor dikesan menghidap Retinoblastoma of L eye pada Januari 2015 dan menjalani kemoterapi untuk membuang ketumbuhan di matanya pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, masalah dihidapinya dikesan berulang pada bulan lalu dan kini menjalani kemoterapi kedua di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas, di sini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan