Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,714

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Impian terakhir

8:24am 11/11/2015 Pak Roshan 1374 views Global
GAMBAR perkahwinan lelaki itu dengan patung.

GAMBAR perkahwinan lelaki itu dengan patung.

Beijing: Seorang lelaki yang disahkan menghidap kanser mengambil keputusan berkahwin dengan patung kerana tidak mahu isterinya menderita apabila dia meninggal dunia kelak.

Lelaki berusia 28 tahun itu dilaporkan menghidap sejenis kanser dan mempunyai masa selama beberapa bulan lagi untuk hidup.

Sebelum menutup mata selama-lamanya, lelaki tidak didedahkan identitinya itu mahu menunaikan impian terakhirnya iaitu berkahwin.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mahu bakal isterinya menjadi balu dan bersedih apabila dia meninggal dunia nanti menyebabkan dia mengambil keputusan berkahwin dengan patung.

Kisah lelaki itu mula tersebar selepas beberapa gambar perkahwinannya dan patung itu dimuat naik di laman sosial di China.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan