Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Impian kanak-kanak pesakit kanser tertunai

6:07pm 31/12/2015 Leolerry Lajius 153 views Tempatan
Toh Puan Norlidah memberikan permainan kepada Saiful.

Toh Puan Norlidah memberikan permainan kepada Saiful.

KOTA KINABALU: Hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap kanser otak untuk memiliki alat permainan ‘Transformers’ termakbul apabila impiannya dipenuhi oleh isteri Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah Tan Sri R.M Jasni bersama dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menerusi program Ziarah Kasih.

Melalui jalan berbukit perkampungan Shantung Luyang bukan penghalang untuk Toh Puan Norlidah menghadiahkan alat permainan ‘Transformers’ untuk adik Saiful Ali, 11 tahun  sebagai memenuhi permintaanya.

YNJ juga menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian untuk keluarga saiful dan turut menerima sumbangan daripada Baitulmal Negeri Sabah menerusi Syukbah Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Toh Puan Norlidah juga turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Sister Seluruh Malaysia, untuk diagih-agihkan kepada rumah anak yatim dan asrama di seluruh negeri ini,  dibawah kendalian Loreta Convent (Generalate) pagi tadi.

YNJ juga turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan di sekitar Kampung Likas dan Kampung Salut.

Menurut Pengerusi YNJ, Tuan Haji Al Hambra Tun Juhar, sebanyak enam program Ziarah kasih ini dilaksanakan sepanjang tahun ini, melibatkan 900 orang individu dan juga badan-badan kebajikan.

“YNJ memberikan sumbangan kepada yang memerlukan tanpa mengira suku kaum dan agama dan sentiasa memberi perhatian kepada usaha membantu golongan yang memerlukan menerusi program seumpama ini yang telah diadakan di beberapa daerah diseluruh negeri ini,” katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan kepada  Loreta Convent.

Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan kepada Loreta Convent.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan