Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Impian Dapat Anak Perempuan Tercapai Pada Hari W.P

Siti Norhariani Kamal, 28, (dari kiri), Hasmah Ahmad Radzi, 32, Anis Mohd Saad, 27 dan Nurajija Biloka, 35 melahirkan bayi masin -masing pada Sambutan Hari Wilayah 2015 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. - Foto Rosela Ismail
Siti Norhariani Kamal, 28, (dari kiri), Hasmah Ahmad Radzi, 32, Anis Mohd Saad, 27 dan Nurajija Biloka, 35 melahirkan bayi masin -masing pada Sambutan Hari Wilayah 2015 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. – Foto Rosela Ismail

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama menginginkan anak perempuan, akhirnya impian seorang ibu tercapai apabila beliau melahirkan anak keempatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Siti Norhariani Kamal, 28, berkata beliau tidak terlalu berharap untuk mendapatkan anak perempuan kerana sebelum ini melahirkan tiga anak lelaki yang berusia antara dua hingga empat tahun.

“Saya memang tidak menjangka akan melahirkan bayi perempuan pada Hari Wilayah memandangkan tarikh jangkaan bersalin sebenar pada 25 Februari nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di HKL di sini.

Bayinya yang pramatang seberat 3.3kg itu dilahirkan pada 1.25 pagi tadi.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HKL, Mohamed Shazree Mustapha berkata setakat 3 petang tadi, seramai 16 bayi telah dilahirkan di hospital itu.

“Terdapat 12 bayi dilahirkan secara normal manakala empat lagi melalui pembedahan,” katanya.

Di Hospital Pantai Kuala Lumpur, seorang bayi perempuan seberat 2.81kg dilahirkan secara normal pada 2.13 pagi tadi. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan