Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Impian 70 tahun

8:43am 20/06/2016 Pak Roshan 107 views Global
 (DARI kiri) Malacate, Romero, Henrietta dan Lopez menerima diploma mereka dari Sekolah Tinggi Abraham Lincoln, 70 tahun selepas dikerah berkhidmat dalam pasukan tentera Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua.

(DARI kiri) Malacate, Romero, Henrietta dan Lopez menerima diploma mereka dari Sekolah Tinggi Abraham Lincoln, 70 tahun selepas dikerah berkhidmat dalam pasukan tentera Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua.

Los Angeles: Tiga sahabat karib yang juga bekas tentera Perang Dunia Kedua yang berkawan sejak sekolah rendah akhirnya menerima diploma sekolah tinggi bersama-sama, lebih 70 tahun selepas berhenti sekolah.

Julian Lopez dan Lupe Malacate, masing-masing 90 tahun serta Tony Romero, 88, menerima diploma mereka dari Sekolah Tinggi Abraham Lincoln di Los Angeles, Isnin lalu, lapor Fox News Latino.

Isteri Lopez, Henrietta, 89, juga menerima diploma sekolah tingginya pada hari sama.

Tiga sahabat itu yang berkenalan sejak sekolah rendah terpaksa berhenti belajar selepas dikerah menyertai tentera pada 1944 untuk bertempur dalam Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, Henrietta yang mengenali Lopez ketika berusia 15 tahun dalam kelas sains juga terpaksa berhenti sekolah apabila mengahwini suaminya itu beberapa hari sebelum dihantar berperang di Pasifik. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan