Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Impi jadi pengemis

8:49am 02/06/2016 Pak Roshan 468 views Global

ditahan

Dubai: Seorang remaja berusia 16 tahun yang terbang dari China ke Dubai untuk menjadi pengemis selepas bersembunyi dalam ruang kargo, ditangkap pihak berkuasa, di sini.

Remaja itu menyusup masuk ke dalam sebuah pesawat syarikat penerbangan Emirates di sebuah lapangan terbang di Shanghai, lapor akhbar Chengdu Economic.

Dia ditangkap selepas pesawat berkenaan mendarat di Dubai setelah menghabiskan masa sembilan jam setengah dalam kapal terbang itu.

Remaja yang namanya tidak didedahkan itu berasal dari wilayah Sichuan.

Menurutnya, dia bertindak demikian selepas mengetahui pengemis di Dubai boleh meraih pendapatan sehingga 500,000 yuan (RM315,000) sebulan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan