Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Impak Komuniti 1Malaysia belum dirasai

Sapawi Ahmad (empat dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia Sabah Tahir, Mohd. Soon dalam majlis tersebut. foto Dzul Kassim
Sapawi Ahmad (empat dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia Sabah Tahir, Mohd. Soon dalam majlis tersebut. foto Dzul Kassim

KOTA KINABALU – Komuniti 1Malaysia perlu bergerak aktif dalam memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh kerajaan untuk mendampingi rakyat, memandangkan kewujudannya masih belum dirasakan oleh masyarakat.

Exco Penerangan Negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, ia merupakan salah satu cara untuk rakyat mengetahui tentang wujudnya komuniti ini, sekaligus membolehkan masalah dan maklum balas rakyat disampaikan kepada kerajaan.

“Komuniti 1Malaysia berfungsi sebagai agen kerajaan yang perlu memberikan maklumat tepat tentang perancangan juga dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Dengan ini, dapatlah kerajaan mengambil tindakan segera untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat permuafakatan Komuniti 1Malaysia, di sini hari ini.

Sapawi berkata, pendekatan yang bijaksana penting bagi mempastikan rakyat bukan sahaja tahu tetapi memahami apa yang dilakukan oleh komuniti tersebut.

Justeru, katanya, anggota komuniti tersebut perlu bergerak bersama sebagai satu pasukan dan tidak bergerak secara sendirian.

“Persefahaman dan kerjasama itu penting bagi memastikan matlamat komuniti ini bukan sahaja dilaksanakan tetapi mencapai matlamatnya yang sebenar,” katanya sambil menambah terdapat seramai kira-kira 7,000 ahli daripada 139 komuniti di seluruh Sabah. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan