Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Imigresen Tawau Tahan 70 Pati Dalam Dua Minggu

6:36pm 20/10/2016 Pak Roshan 685 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

pati tawau

TAWAU : Sebanyak 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Pacak yang dijalankan selama dua minggu di sekitar daerah ini, kata Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi hari ini.

Menurutnya, kesemua PATI yang terdiri daripada 45 lelaki dan 25 wanita itu berumur antara 1 tahun dan 82 tahun.

Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan bermula 4 Okt lepas hingga 17 Okt di kawasan Batu-Batu, Sabindo dan Tanjung Batu Logpond, Tanjung Batu dekat sini.

“Sepanjang operasi, sebanyak 1,556 orang diperiksa manakala mereka yang ditahan terdiri daripada 63 warga Indonesia dan tujuh warga Filipina.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen dan Seksyen 6 1 (c) akta sama selepas didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini.

Noraini berkata ramai PATI berkenaan ditahan ketika cuba masuk ke daerah ini menggunakan laluan tikus yang telah dikenal pasti dan datang menggunakan bot jongkong.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan