Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Imigresen Tawau Tahan 6 PATI Dalam Operasi Bersepadu Dengan ESSCom

7:35pm 03/04/2016 Pak Roshan 173 views Jenayah,Laporan Sidang DUN

pati1-600x366-600x366

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan enam lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di beberapa lokasi di sini, petang semalam.

Ketua Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata PATI berkenaan adalah sebahagian daripada 109 orang yang diperiksa dalam operasi tiga jam mulai 2 petang semalam, di kawasan pembinaan Taman Ria Height, Taman Semarak, Taman Mega dan Jalan Kubota.

“Lima daripada PATI berkenaan adalah warga Filipina manakala selebihnya adalah warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua warga asing yang ditahan itu melanggar peraturan Imigresen di bawah Seksyen 6 (1)(c).

Sementara itu, Noraini meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat berhubung lokasi persembunyian PATI di daerah itu bagi memudahkan penguatkuasaan dilakukan.

Katanya, Jabatan Imigresen akan melakukan operasi dari semasa ke semasa secara bersendirian atau bersepadu dengan ESSCOM.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan