Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Imigresen Tawau Tahan 44 PATI Dalam Operasi

7:03pm 24/03/2016 Pak Roshan 774 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan 44 pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di tiga lokasi berbeza di sini, hari ini.

Dalam ‘Ops Selera’ di beberapa restoran di kawasan bandar, Ketua Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata sejumlah 21 PATI iaitu lapan lelaki dan 13 wanita berusia 17 dan 60 tahun ditahan.

Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada 80 individu yang diperiksa dalam operasi bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, dalam operasi bersama ESSCom, di sekitar kawasan Kalabakan, pihaknya berjaya menahan 20 PATI yang berusia antara 16 dan 43 tahun.

Dalam operasi bersama ESSCom di Kampung Cina, dalam daerah Kunak pula, tiga lagi PATI berumur antara 21 dan 43 tahun ditahan, dua daripadanya ditahan melalui sekatan jalan raya di Jalan Kunak-Lahad Datu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan