Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Imigresen Tawau Tahan 20 PATI Dalam Operasi Bersepadu

pati

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam dua operasi berasingan semalam.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata dalam operasi bersepadu dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) itu, 11 daripada PATI berusia antara 18 dan 51 tahun berkenaan merupakan warga Indonesia manakala selebihnya, warga Filipina.

“Ketika pemeriksaan, ada dalam kalangan mereka cuba meloloskan diri namum gagal kerana kawasan berkenaan dipantau lebih awal,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Kesemua yang ditahan akan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Menurut Noraini operasi berkenaan bermula seawal 3 pagi di Brantian dan Kilometer 58, Jalan Kalabakan, diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah Mohd Sharifuddin Salim.

Sementara itu, Noraini berkata operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kehadiran PATI di daerah ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan