Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Imigresen Tawau Tahan 10 PATI Dalam Operasi Semalam

pati-tawau-600x366

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan tiga lelaki dan tujuh wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan restoran di lima kawasan sekitar bandar ini, pada Khamis.

Ketua Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata kesemua PATI gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri ketika operasi dijalankan selama 12 jam bermula 10 pagi itu.

“Dalam operasi itu, seramai 95 orang diperiksa dengan tiga lelaki warga Filipina berumur 24-27 tahun, lima wanita Filipina berumur 21-39 tahun dan dua wanita Indonesia berumur 19-29 tahun ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dua majikan turut ditahan kerana menggaji PATI, katanya.

Noraini meminta orang ramai memaklumkan kepada Jabatan Imigresen sekiranya mempunyai maklumat mengenai tempat persembunyian PATI di daerah itu.

Beliau juga berkata jabatan itu akan melakukan operasi dari semasa ke semasa secara bersendirian atau secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan