Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Imigresen Tawau Berkas Lapan PATI, Tiga Majikan

5:53pm 10/03/2016 Pak Roshan 124 views Jenayah,Mutakhir
 Warga asing yang ditahan dan didokumentasikan dalam operasi itu.

gambar hiasan

TAWAU : Pejabat Imigresen Tawau menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga majikan yang menggaji PATI dalam operasi di sini malam tadi.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata dalam operasi yang diketuai beliau pada kira-kira 8.30 malam itu, lima wanita Indonesia, seorang wanita Filipina dan dua lelaki Indonesia berumur antara 17 dan 56 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

PATI berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Kita juga menahan tiga majikan kerana menggaji pekerja yang tiada sebarang dokumen yang sah,” katanya menambah majikan berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan