Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Imigran Uighur dihantar pulang

SEORANG pekerja pejabat konsulat Thailand di Istanbul memeriksa cermin yang dipecahkan oleh penunjuk perasaan, kelmarin.
SEORANG pekerja pejabat konsulat Thailand di Istanbul memeriksa cermin yang dipecahkan oleh penunjuk perasaan, kelmarin.

Bangkok: Kerajaan Thailand kelmarin menghantar pulang seramai 100 pelarian dari etnik Uighur ke China, sekali gus mencetuskan bantahan terhadap Bangkok di Turki.

Ribuan penduduk etnik Uighur yang berbahasa Turki dan beragama Islam melarikan diri dari tempat tinggal mereka di Xinjiang, China ekoran layanan buruk serta ditindas oleh Beijing.

Ramai etnik Uighur memasuki negara di Asia Tenggara dalam usaha mereka untuk masuk ke Turki.

“Thailand menghantar 100 imigran Uighur kembali semula ke China semalam (kelmarin).

“Kami menghantar mereka pulang ke negara asal selepas kewarganegaraan mereka disahkan,” kata jurucakap kerajaan, Weerachon Sukhondhapatipak semalam.

Katanya, Thailand bekerjasama dengan China dan Turki untuk menyelesaikan masalah imigran Uighur di negara itu.

Menurutnya, seramai 170 imigran Uighur dihantar pulang ke Turki selepas identiti mereka dikenal pasti manakala 50 lagi belum disahkan.

Kumpulan hak asasi manusia bimbang, pelarian Uighur yang dihantar pulang ke China mungkin dikenakan tindakan atau diseksa pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan menyerang pejabat konsulat Thailand di Istanbul kelmarin bagi membantah tindakan Bangkok menghantar pulang pelarian Uighur ke China.

Susulan serangan itu, kedutaan Thailand di Ankara memberi amaran kepada 1,300 rakyat negara itu di Turki supaya berhati-hati.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha juga menimbang kemungkinan untuk menutup kedutaan negara itu di Turki sekiranya keadaan semakin meruncing.- Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan