Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Imbuhan untuk parlimpik Felicia Mikat

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

KENINGAU: Kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada atlet pralimpik Felicia Mikat diatas sumbangan mengharumkan nama negara dengan membawa 3 pingat emas pada sukan asean 2015 di Singapura baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin berkata, sumbangan berkenaan adalah satu keperhatinan pihak kerajaan negeri dalam menghargai sumbangan mana-mana pihak yang telah mengharumkan nama negeri dan negara dipentas dunia.                        

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas  merasmikan program pengukuhan koperasi peringkat Majlis Perundingan Koperasi Parlimen MPKP parlimen P.180 Keningau anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM Sabah di Keningau.

Katanya,  penghargaan berkenaan akan diberikan kepada Menteri berkenaan yang akan betanggungjawab menyerahkan imbuhan berkenaan kepada atlet itu.

Felicia Mikat yang berusia 16 tahun berasal dari daerah Tambunan,Sabah yang cacat penglihatan sejak lahir berjaya memenangi 3 acara iaitu larian 100 Meter,200 Meter dan 400 Meter pada kejohanan berkenaan.  – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan