Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Imam terkejut ada arak dalam beg

botol arak

Dammam: Seorang imam sebuah masjid di sini terkejut apabila disoal di lapangan terbang mengenai beberapa botol arak yang ditemui di dalam begnya.

Hassan Abu Wessam, keluarga dan pembantu rumah mereka pulang dari bercuti di Malaysia dan singgah untuk bermalam di sebuah negara Teluk.

Apabila tiba di lapangan terbang Dammam, timur Arab Saudi, pegawai yang memeriksa beg menemui beberapa botol arak.

Hassan berkata, dia tidak tahu menahu mengenai arak yang berada dalam begnya, lapor akhbar Al-Riyadh.

“Apabila pegawai bertanya mengenai arak itu lidah saya kelu tidak dapat berkata apa-apa kerana saya sungguh terkejut. Saya berpaling kepada pembantu rumah dan dari riak mukanya, saya tahu dia yang bertanggungjawab.

“Saya sunggu malu,” kata imam itu.

Hasil siasatan kastam mendapati pembantu rumah itu mengambil beberapa botol minuman jus dan arak dari peti sejuk hotel tempat mereka menginap di negara Teluk dan memasukkannya ke dalam beg tanpa pengetahuan majikannya.

Menurut isteri Hassan, dia menggunakan kad kredit untuk membayar kos penginapan, tetapi tidak menyemak bil itu dengan teliti serta tidak menyedari dia juga membayar minuman yang diambil dari peti sejuk hotel berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan