Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Imam mati dipukul

9:51am 21/02/2016 Pak Roshan 24 views Global
MAYAT ditemui di taman permainan bersebelahan Masjid Jamek Jalali.

MAYAT ditemui di taman permainan bersebelahan Masjid Jamek Jalali.

Rochdale, Britain: Imam sebuah masjid di sini ditemui mati dipercayai dipukul ketika berjalan pulang ke rumahnya pada malam Khamis lalu.

Jalal Uddin Saab berusia 50-an ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam di sebuah taman permainan bersebelahan Masjid Jamek Jalali.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai solat di masjid sebelum diserang.

Jurucakap polis, Rebekah Sutcliffe berkata, orang awam menghubungi polis selepas menemui mayat seorang lelaki di taman permainan pada jam 9 malam (waktu tempatan).

“Ketika ditemui mangsa yang cedera parah di kepala sudah meninggal dunia.

“Kami mengesyaki mangsa cedera akibat dipukul dan kami menyiasat kejadian ini sebagai kes pembunuhan.

“Buat masa ini kami menahan seorang suspek berusia 31 tahun, tetapi siasatan kami masih di peringkat awal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Ramadan, Mohammed Shafiq berkata, berita kematian Jalal sangat mengejutkan dan tragik.

“Kami menggesa komuniti di Rochdale supaya terus bersatu dan bertenang.

“Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan seluruh penduduk yang mengenali Jalal,” katanya.

Mohammed juga menasihati semua penduduk beragama Islam di bandar itu mengambil langkah berjaga-jaga susulan serangan berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan