Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Imam Mahadi’ masih ditahan

ZUBAIR (kiri) bersama tiga pengikutnya.
ZUBAIR (kiri) bersama tiga pengikutnya.

Jakarta: Pihak berkuasa Arab Saudi masih menahan seorang jemaah umrah warga Indonesia yang mengaku Imam Mahadi dan melakukan solat sunat Aidilfitri pada 2 Syawal di hadapan Kaabah.

Sepuluh lagi jemaah yang menjadi pengikut lelaki itu dibebaskan dan akan dihantar pulang ke Indonesia tidak lama lagi.

Pengarah Perlindungan Rakyat Indonesia di kedutaan negara itu di Riyadh, Muhammad Iqbal berkata, Zubair masih ditahan dan disoal pihak berkuasa Arab Saudi selepas dia masih mengaku dirinya Imam Mahadi.

“Zubair masih tetap berkeras dan mempertahankan bahawa dia Imam Mahadi.

“Dia menggunakan ayat suci al-Quran untuk mempertahankan dakwaannya itu,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Arab Saudi masih menunggu keputusan pemeriksaan mental yang dijalankan terhadap Zubair.

Zubair bersama 10 jemaah ditahan polis selepas melakukan solat sunat Aidilfitri di depan Kaabah pada 18 Julai lalu.

Kumpulan itu ditahan ketika duduk mengelilingi Zubair yang berkhutbah di hadapan Kaabah sehingga mengganggu jemaah lain yang bertawaf.

Sementara itu, sepupu seorang jemaah yang ditahan berkata, Zubair ketua kumpulan yang dikenali sebagai Himpunan Pemuda Sinar Syahid sejak 2000.

“Pak Zubair pemimpin Islam dan dia yang memberi petunjuk dan mengarah kami. Dia berjiwa pemimpin,” katanya.

Dia bagaimanapun menyerahkan kepada ulama bagi menentukan sama ada Zubair betul Imam Mahadi atau tidak.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan