Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ILTP perkasa latihan kemahiran

Billy Yumbod (dua kiri) menyampaikan cedera kenangan kepada Siringan Gubat (dua kanan) pada majlis penanugerahan sijil tamat latihan di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Billy Yumbod (dua kiri) menyampaikan cedera kenangan kepada Siringan Gubat (dua kanan) pada majlis penanugerahan sijil tamat latihan di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Persefahaman antara Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Petronas dalam melaksanakan program latihan di ILTP dapat memperkasa latihan kemahiran tenaga kerja diperlukan negara.

Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah, Billy Yumbod berkata, hasil usahasama itu sejak lima tahun lalu, sebanyak 12 program dapat dilaksanakan dan berjaya mengeluarkan seramai 151 graduan di pasaran kerja tempatan dan luar negara terutama dalam industri gas dan petroleum.

“Saya juga difahamkan pihak INSTEP Petronas di bawah projek VISTA telah menambahbaik lagi program ini dengan menawarkan bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelatih yang berjaya mengikuti program INSTEP di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILPT) Sesi 1/2015, di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat. Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian berkenaan, Datuk Bruno Vun.

Billy berkata, seramai 359 pelatih ILTP telah mendaftar bagi sesi Januari hingga April ini  bagi mengikuti 15 jenis program kemahiran teknikal dan perdagangan di Kampus Utama ILTP Papar dan Kampus Cawangan ILTP Kota Kinabalu.

Katanya, daripada 15 jenis program tersebut, sejumlah 11 program bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu hinga Tiga, satu program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap Empat manakala dua program lagi bertaraf sijil lanjutan secara usahasama dengan INSTEP dan satu program bertaraf Sijil Asas Kemahiran JPSM. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan