Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ilmu keibubapaan penting dalam mendidik anak- anak

12:15pm 15/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 43 views Tempatan
Hamisa bersama penduduk Kampung Tanjong Keramat Laut, disini mendengar bacaan Al Quran peserta Tadarus Al Quran dan Majlis Khatam Al- Quran di Masjid Bandar Tawau.

Hamisa bersama penduduk Kampung Tanjong Keramat Laut, disini mendengar bacaan Al Quran peserta Tadarus Al Quran dan Majlis Khatam Al- Quran di Masjid Bandar Tawau.

TAWAU- Ibubapa perlu saling melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keibubapaan agar dapat menjadi ibubapa yang berjaya, kata Datuk Hamisa Samat.

Beliau yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Taknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata tugas mengasuh dan mendidik anak serta mengurus rumahtangga tidak seharusnya dipikul oleh ibu semata- mata.

Manakala, tambahnya, peranan seorang ayah bukan sekadar menyediakan keperluan tempat tinggal dan perbelanjaan makan dan minum anak- anak mereka.

“Ibu bapa, antara lainnya perlu memahami perkembangan biologi anak-anak dan kaitannya dengan perkembangan kognitif dan emosi. Ia merupakan satu cara dan inisiatif terbaik dalam usaha kita memperingati pengorbanan serta perjuangan golongan ibu membentuk seorang insan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Tadarus Al Quran dan Majlis Khatam Al Quran di Masjid Bandar Tawau, disini, baru- baru ini.

Selain itu, Hamisa berkata kasih sayang seorang ibu penting dalam mendidik anak- anak mereka.

“Tidak kiralah dia seorang pemimpin atau rakyat biasa, semuanya bermula daripada sentuhan kasih sayang seorang ibu. Setiap ibu diberikan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak,”ujarnya.

Tambahnya, pengiktirafan dan keprihatinan seseorang anak memberi kekuatan serta semangat kepada golongan ibu untuk meneruskan kehidupan mereka terutamanya apabila golongan tersebut berada dalam usia emas.

Tegas Hamisa, wanita masa kini perlu mencontohi kekuatan jiwa golongan ibu pada zaman awal Islam.

“Bagi memantapkan lagi institusi keluarga yang dibentuk oleh seorang ibu, peranan ibu hari ini bukan sahaja sebagai seorang suri rumah atau pendidik anak semata-mata tetapi mereka mempunyai peranan yang besar terhadap agama, bangsa dan negara,”katanya.

Hamisa berkata, golongan ibu pada masa kini perlu mempunyai ilmu pengetahuan tinggi samada ilmu dunia mahupun ukhrawi.

Dalam masa sama, Hamisa turut menyeru para ibu bapa agar terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka untuk menimba ilmu dan kemahiran secukupnya.

“Sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa memberi sokongan padu kepada anak-anak agar mereka dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi”, jelasnya.

Disamping itu,  katanya, rakyat khususnya para pendidik terus mempertahankan kerajaan yang ada pada hari ini yang telah terbukti banyak membawa pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan dan rakyat seluruhnya telah pun menikmati keharmonian dan juga kemakmuran.

Jelasnya, rakyat harus mengenang jasa kerajaan yang telah banyak menabur bakti kepada rakyat keseluruhannya tanpa mengira agama dan bangsa.- SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan