Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Iktiraf warganegara bukan projek IC di Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberikan tabik hormat ketika Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah berjalan lalu pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Langkah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memberikan status kewarganegaraan kepada individu permastautin tetap atau pemegang kad pengenalan merah diharap dapat menyelesaikan isu pemilikan Mykad oleh penduduk tempatan terutama di pedalaman Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, isu kononnya akan wujud `projek IC’ ekoran keputusan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberikan status kewarganegaraan itu tidak seharusnya ditimbulkan.

“Saya fikir ini adalah satu isu yang saya telah perincikan dalam manifesto dan saya akan memastikan perkara seperti itu tidak berlaku.

“Tetapi sudah tentu kita perlu mengawal pekerja asing di sini. Maksud mengawal selia mereka ialah bukan memberikan mereka kad pengenalan tetapi untuk memastikan kita tahu di mana kedudukan mereka berada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Kebangsaan Sutera Harbour Resort hari ini.

Menurut beliau masih terdapat penduduk di negeri ini terutama di luar bandar yang masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri atau Mykad disebabkan pelbagai faktor termasuk prosedur yang terlalu rumit.

“Sepatutnya jika ia melibatkan penduduk Sabah, proses pembikinan Mykad mereka perlu lebih mudah. Tetapi oleh kerana prosesnya yang terlalu rumit, ramai rakyat tempatan yang belum dapat memiliki Mykad.

“Oleh itu, kita mahu kerumitan prosedur (di Jabatan Pendaftaran Negara) segera `dibuang’ kerana kelewatan pemberian Mykad boleh menjejaskan kehidupan penduduk terutama generasi muda,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas pengumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa individu permastautin tetap dan kad pengenalan merah di negara ini akan diberikan status kewarganegaraan.

Tun Mahathir berkata, ia merupakan sebahagian daripada Janji Manifesto PH iaitu untuk menyelesaikan isu kerakyatan kaum terutama bagi individu permastautin tetap dan pemegang kad pengenalan merah terutama anak yang mempunyai salah seorang daripada ibu bapa mereka adalah warganegara berhak dianggap sebagai warganegara Malaysia.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan