Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ikrar hapus Abu Sayyaf

8:45am 28/04/2016 Pak Roshan 6927 views Global
Gambar kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang diambil baru-baru ini sebelum dua tebusan Jerman dibebaskan.

Gambar kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang diambil baru-baru ini sebelum dua tebusan Jerman dibebaskan.

Manila: Presiden Filipina, Benigno Aquino semalam berikrar untuk menumpukan semua usahanya bagi menghapuskan kumpulan militan Abu Sayyaf sebelum dia melepaskan jawatannya dua bulan lagi.

Aquino mengeluarkan kenyataan tegas itu selepas seorang tebusan warga Kanada, John Ridsdel, 68, mati selepas dipenggal militan berkenaan Isnin lalu.

“Kepada kumpulan Abu Sayyaf dan sesiapa yang membantu atau bersubahat dengan mereka, anda hanya memilih bahasa kekerasan dan kami akan berbicara dengan anda menggunakan bahasa itu.

“Kematian tidak dapat dielakkan, tetapi apa yang paling penting adalah melumpuhkan aktiviti jenayah Abu Sayyaf,” kata Aquino dalam satu kenyataan.

Ridsdel bersama rakan senegara, Robert Hall, lelaki warga Norway, Kjartan Sekkingstad dan seorang wanita tempatan diculik di Pulau Samal di selatan Filipina, tujuh bulan lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan