Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ikon AADK Sabah manfaat media sosial pupuk kesedaran bahaya dadah

Setiausaha Politik Ketua Menteri Jo-Anna Sue Henley Rampas menerima cenderahati daripada Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi selepas merasmikan Program Training Of Trainers (TOT) Skuad AADK Kota Kinabalu di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu. Gambar SNT / Ehsan AADK Sabah

KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) — Ikon Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah Jo-Anna Sue Henley Rampas akan memanfaatkan sepenuhnya peranan media sosial untuk menyampaikan mesej serta kempen kesedaran mengenai bahaya penggunaan dadah khususnya dalam kalangan generasi muda.

Jo-Anna, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, media sosial adalah platform terbaik untuk memupuk kesedaran tentang bahaya dadah memandangkan generasi muda ketika ini menjadikan media sosial sebagai medium mendapatkan sebarang maklumat.

“Ini adalah antara langkah awal yang akan diambil iaitu mendekati generasi muda dan memupuk kesedaran tentang bahaya dadah kerana difahamkan belia berumur 18 hingga 40 tahun sering terjebak dalam masalah dadah.

Generasi muda perlu bertanggungjawab dan lebih menyayangi diri sendiri. Jangan berani mencuba (dadah) kerana dikhuatiri ia mereka ketagih dan terjerumus ke dalam gejala itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Program Latihan Pelatih Skuad AADK Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi berkata skuad AADK berperanan dalam membantu kerajaan memberi kesedaran bahaya penggunaan dadah kepada masyarakat, di samping memberi ruang dan sokongan kepada mereka yang berhadapan masalah dadah.

Program sehari dihadiri 100 peserta itu dianjurkan antara lain bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan melalui Skuad AADK dan memastikan penglibatan anggota masyarakat dalam merealisasikan masyarakat bebas dadah.

Setakat ini, Skuad AADK Sabah mempunyai 12,000 anggota di seluruh negeri.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan