Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Iklan tak bertempat

IKLAN yang menimbulkan kemarahan orang ramai.
IKLAN yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Brasilia: Sebuah akademi renang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menggunakan gambar pelarian budak Syria, Aylan Kurdi, yang ditemui mati lemas di pantai Turki, tahun lalu, untuk menggalakkan kanak-kanak belajar berenang.

Sekolah itu membeli iklan di akhbar tempatan yang memaparkan gambar menyayat hati Aylan, tiga, tertiarap di tepi pantai selepas lemas ketika cuba sampai ke Greece bersama keluarganya untuk membina kehidupan baru.

Malah, iklan itu menyertakan keterangan dalam bahasa Portugis: “Sembilan bulan untuk dilahirkan, tiga tahun membesar dan dua minit mati ditinggalkan seorang sebelum lemas dalam hanya seminit.”

Gambar seorang bayi yang sihat dan tersenyum di dalam air dilihat di atas gambar Aylan dengan keterangan: “Belajar renang bukan keperluan mewah. Ia perlu demi pembesaran dan keselamatan kanak-kanak.”

Iklan FitFlex Aquacenter itu menjadi viral selepas dilihat kumpulan profesional yang menjalankan iklan secara profesional di Facebook. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan