Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Iklan jual Presiden Mesir

10:15am 27/02/2016 Pak Roshan 5 views Global
GAMBAR iklan disiarkan dalam laman e-Bay sebelum ia dipadamkan.

GAMBAR iklan disiarkan dalam laman e-Bay sebelum ia dipadamkan.

Kaherah: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi diiklankan di eBay untuk dijual selepas mendakwa dia rela menjual dirinya untuk membantu ekonomi negara itu.

Abdel Fattah, bekas ketua tentera yang menjadi presiden selepas menggulingkan Mohamed Mursi, diperlekehkan secara meluas selepas membuat ikrar itu ketika membentangkan rancangan pembangunannya Rabu lalu.

“Jika boleh saya menjual diri saya untuk bantu pulihkan ekonomi Mesir, saya akan berbuat demikian,” ketika berucap menerusi televisyen.

Dia juga dilapor meminta rakyat Mesir menyumbang kepada dana awam.

Seorang pengguna eBay serta-merta mengiklankan untuk menjual presiden itu.

Bidaan daripada lebih 100 pengguna meningkatkan tawaran untuk membelinya sehingga harga bidaan mencecah AS$100,300 (RM422,000) sebelum iklan itu dipadamkan.

Di sebelah gambar Abdel Fatah, pemimpin itu disenaraikan sebagai panglima tentera ‘berpengalaman’ dan doktor falsafah yang mempunyai latar belakang tentera.

Penjual yang menamakan dirinya ‘dr_motown,’ menulis: “Kami mengambil keputusan untuk menjual Panglima Tentera Mesir yang terkenal dan juga pemimpin rampasan kuasa, Abdel Fatah el-Sisi menerusi eBay bagi membantu memulihkan ekonomi Mesir supaya dia tidak perlu bersusah payah untuk menjual dirinya.

“Presiden itu yang berkata sendiri, jika menjual dirinya dapat membantu ekonomi Mesir, dia tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian. Kerana itu, kami menawar menjualnya, untuk membantunya, kami dan juga kemanusiaan.

“Sila bida sekarang untuk membantu Mesir memerdekakan politik dan ekonominya. Anda tidak akan menyesal.”

Ketika berucap di satu majlis, Abdel Fatah, bekas atace tentera Mesir di Arab Saudi, menyifatkan dirinya sebagai doktor yang dihantar oleh Tuhan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan