Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,665

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ikan yu perlu diletakkan di bawah NRE- Lee

1:03pm 30/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Alam Semulajadi,Isu Semasa,Mutakhir,Nasional

KOTA KINABALU- Ikan yu merupakan salah satu hidupan laut yang semakin terancam dan memerlukan perlindungan, kata Penanung Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA), Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar ikan yu diletakkan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi melindungi spesies tersebut.
Jelasnya, ikan yu disenaraikan dalam Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Species Terancam (CITES) untuk memastikan spesies hidupan laut itu tidak terancam.
“Menerusi CITES, ikan yu tidak boleh lagi ditakrifkan sebagai salah satu spesies ikan dan perlu diletakkan dibawah kementerian lain dan bukannya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,”tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, dekat sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut mengemukakan cadangan pindaan Akta Perikanan agar ikan yu tidak lagi ditakrifkan sebagai salah satu spesies ikan dan sekaligus meletakkan hidupan tersebut di bawah kementerian yag berlainan.
“Ini merupakan salah satu tindakan yang perlu diambil bagi memelihara dan memulihara ikan yu daripada terancam,”katanya.
Selain itu, beliau turut menyokong penuh cadangan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkenaan hasrat beliau untuk mengisytiharkan taman laut negeri ini sebagai santuari ikan yu. Oleh Elezebeth esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan