Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bom ikan dan bahan letupan dirampas PPM Semporna

Barangan yang dirampas dalam kedua-dua kes tersebut.
Barangan yang dirampas dalam kedua-dua kes tersebut.

 

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas lima kilogram disyaki bom ikan dan empat batang bahan letupan (detonator) dalam dua tangkapan berasingan di kawasan Laut Tobo-Tobo pada Isnin.

 Komander PPM Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan hari ini berkata tangkapan pertama melibatkan ikan basah bernilai RM25.00 dilakukan oleh sepasukan anggotanya pada jam 2.15 petang daripada dua lelaki berusia 40 dan 42 tahun selepas memeriksa sebuah pam bot.

 Menurutnya, juragan pam bot berkenaan mengaku bahawa ikan-ikan basah berkenaan ditangkap dengan menggunakan bahan letupan.

 Manakala, katanya, tangkapan kedua dilakukan pada jam 2.45 petang oleh pasukan sama melibatkan empat batang detonator bernilai RM20.00 daripada dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun yang dijumpai di atas bot pam mereka.

 “Kedua-dua bot pam dan peralatannya turut dirampas untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan juga di bawah Akta Bahan Letupan,” katanya.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan