Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ikan Bertaring Makin Mudah Ditangkap

10:30am 22/03/2016 Pak Roshan 981 views Berita Pilihan,Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
KAMARUDIN bersama ikan bertaring yang dipancing nelayan.

KAMARUDIN bersama ikan bertaring yang dipancing nelayan.

Tungku – Selepas hampir dua minggu kejadian sejenis spesies ikan bertaring seakan-akan ikan piranha terpancing oleh nelayan dari Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Nala, dekat sini, kini ia dilaporkan semakin mudah ditangkap menyebabkan beberapa nelayan di kawasan berkenaan terkejut.

Menurut nelayan, Mohd Japar Asan, 50, dia bersama rakannya sekali lagi mendapat tiga ekor ikan sama, namun apa yang memeranjatkan mereka lokasi ikan itu lebih dekat dengan kampung berbanding sebelum ini.

“Semalam (kelmarin) kami keluar memancing dan mengambil masa perjalanan hampir 30 minit berbanding sebelum ini yang memakan masa lebih sejam.

“Kawasan perairan berkenaan berhampiran Pulau Buta dan perkara paling mengejutkan kami apabila boleh mendapatkan ikan itu dengan hanya menghumban mata kail pancing sedalam 100 meter,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, sebelum ini, ketika memancing di perairan Bohiyan berdekatan Pulau Gaya, jarak kedalaman mata kail dihumban hampir dua kali ganda berbanding kelmarin.

“Kami merasakan ia semakin mudah dipancing dan selepas pertama kali mendapat hasil tangkapan itu hampir dua minggu lalu…apabila saya turun ke laut pasti akan mendapat ikan yang sama.

“Namun, apa yang terjadi semalam (kelmarin) lebih mengejutkan kerana lebih dekat dengan kawasan perkampungan kami selain paras kedalaman juga tidak dalam untuk mendapatkan ikan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tungku Kamarudin Hamid berkata, pihaknya berharap ada pihak atau pakar datang melakukan pemantauan berkaitan kejadian itu.

“Mengenai penemuan ikan berkenaan di perairan Tungku, baru-baru ini adalah suatu kejadian pelik kerana ikan itu tidak pernah dipancing sama ada pemancing di daerah ini atau luar.

“Saya harap pakar datang untuk melakukan penelitian mengenai kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan